Kronologi kemalangan Helikopter_Nuri_Terhempas_di_Genting_Sempah_2007

Pada 1968 TUDM membeli 40 buah helikopter S-61 Sea King daripada Sikorsky Aircraft Corporation, Amerika Syarikat untuk tujuan operasi mencari, menyelamat dan bantuan kemanusiaan. Helikopter ini dinamakan Nuri dan pernah digunakan semasa Perang Vietnam pada 1975.

Nuri menggunakan dua enjin General Electric berkuasa kuda 15,000 mempunyai kelajuan maksimum 220 km sejam.

Helikopter ini pelbagai guna seberat 3,652 kilogram itu mempunyai kemampuan membawa 21 penumpang termasuk tiga anak kapal.

16 kemalangan berlaku melibatkan helikopter Nuri milik TUDM sejak 39 tahun lepas. Punca utama ialah enjin helicopter. Walaupun Amerika Syarikat mengeluarkan laporan tenang kegagalan helicopter Nuri, kerajaan Malaysia tetap memilikinya untuk mengurangkan kos pertahanan.

  • 25 April 1969 - Nahas pertama Nuri melibatkan 4 askar TUDM terbunuh kerana terhempas di Kuching, Sarawak.
  • 11 Mac 1972 - Empat anggota TUDM terbunuh kerana Nuri terhempas di Gambang, Pahang.
  • 26 April 1976 - Sebelas krew dan penumpang terbunuh kerana Nuri ditembak komunis sebelum terhempas dalam hutan di Gubir, Kedah.
  • 19 Julai 1980 - Sebuah helikopter Nuri terhempas di kawasan hutan dekat Ipoh, Perak tetapi semua 18 penumpangnya terselamat.
  • 11 Julai 1981 - Sebuah helikopter Nuri terhempas di Batu Melintang, Perak, tetapi semua 11 penumpang dan krew terselamat.
  • 18 Dis 1989 - Sebuah helikopter Nuri terhempas berhampiran Sungai Lundu, Sarawak, mengorbankan 16 anggota Tentera Darat dan TUDM, termasuk Pegawai Pemerintah Markas Divisyen Kedua, Mejar Jeneral Datuk Mustaffa Awang dan Pemerintah Briged Ketiga Infantri, Brigidier Jeneral Datuk Hasbullah Yussoff.
  • 28 Ogos 1990 - Helikopter Nuri yang membawa sembilan orang dalam latihan pertunjukan udara sempena perayaan Hari Merdeka terpaksa membuat pendaratan cemas di padang sebuah sekolah berhampiran Rawang, Selangor.
  • 16 Jan 1991 - Helikopter Nuri dalam perjalanan dari Stesen TUDM Sungai Besi ke Kluang, Johor, terhempas ketika membuat pendaratan kecemasan di sebuah estet di Kampung Parit Zin dekat Muar, Johor. Semua 12 anggota terselamat.
  • 10 Jun 1991 - Enam anggota tentera terbunuh apabila helikopter Nuri terhempas dan meletup di kawasan operasi tentera di Banding, Perak kira- kira pukul 5.20 petang.
  • 3 Oktober 2004 TUDM bercadang menamatkan penggunaan helikopter Nuri ( harga 76 - 95 juta sebuah) kepada pesawat baru pada Rancangan Malaysia ke Sembilan tetapi ditangguhkan kerana kekurangan peruntukan. Dalam Rancangan Malaysia ke 10 mungkin menjadi kenyataan.

Sehingga kini masih terdapat 30 buah helikopter Nuri yang masih beroperasi.

Airod Sdn Bhd telah dilantik oleh TUDM untuk memasang 'autohover' pada setiap helikopter Nuri dengan kos RM 55.8 juta agar dapat beroperasi di kawasan berair ( banjir).